Impak kepada kesan rumah hijau secara keseluruhannya Gas_rumah_hijau

Sumbangan setiap gas rumah hijau kepada kesan rumah hijau ditentukan oleh ciri-ciri sesuatu gas itu, kuantitinya, serta sebarang kesan tidak langsung yang dibawa olehnya. Sebagai contoh, kesan tidak langsung jisim metana adalah 72 kali lebih kuat daripada karbon dioksida yang sama jisimnya dalam rangka masa 20 tahun[13] tetapi ia hadir dalam ketepuan yang jauh lebih kecil jadi kesan sinaran langsung secara keseluruhannya lebih kecil, salah satu sebabnya kerana jangka hayat atmosferanya yang pendek. Di sisi lainnya pula, metana di samping kesan sinaran langsungnya turut mempunyai kesan radiasi tidak langsung yang besar kerana ia menyumbang kepada pembentukan ozon. Shindell et al. (2005)[14] menghujahkan bahawa sumbangan metana kepada perubahan iklim adalah sekurang-kurangnya dua kali ganda anggaran sebelumnya disebabkan kesan ini.[15]

Ada kemungkinan bahawa pemanasan antropogenik (disebabkan manusia) seperti yang disebabkan oleh gas rumah hijau peringkat tinggi telah dilihat mempengaruhi banyak sistem fizikal dan biologi.[16] Pemanasan pada masa depan dijangka mempunyai pelbagaiĀ kesan termasuklah kenaikan permukaan laut,[17] meningkatnya kebarangkalian dan kekuatan beberapa kejadianĀ cuaca besar,[17] kehilangan biodiversiti,[18] serta perubahan pengeluaran pertanian dalam peringkat rantau.[18]

Rujukan

WikiPedia: Gas_rumah_hijau http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg1/a... http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg1/a... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/syr/e... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/syr/e... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/syr/e... http://www.scientificamerican.com/article/earth-wi... http://adsabs.harvard.edu/abs/2003Sci...302.1719K http://adsabs.harvard.edu/abs/2005GeoRL..3204803S http://adsabs.harvard.edu/abs/2007PNAS..10418866C http://adsabs.harvard.edu/abs/2013Natur.502..183M